Friday, November 26, 2010

Bagaimana dengan putih?

Bos aku dah mula gila jam selam, kelmarin bersama keluarga dia uji dua ketul jam diver di kolam renang condonya, "San, aku selam sampai cecah dasar kolam! jam steady laa!" katanya, err aku meragui cakapnya laa..sebab 10 kilo batu ikat dibadannya sure dia tak boleh tenggelam punya...

Ya, ramai kurang minat jam berdail putih, alasannya payah nak tengok waktu dalam suram cahaya. Jam dial putih pertama aku beli tahun 1988 jenis Alba, tiap pagi subuh aku terpaksa buka lampu semata-mata nak tengok waktu ditangan, tak boleh tahan 4 hari pakai aku terpaksa jual walaupun hati masih sayang... 

Bukan semua jam dial putih senasib dengan Alba aku tu, Rolex Explorer putih lebih lawa dari hitam begitu juga Seiko Helmet 6139 putih harga lebih mahal dari hitam.

Dengan indek dan jarum jam tebal Seiko diver 200m baru ini memadamkan diskriminasi terhadap dial putih. Sebenarnya jam putih sangat bergaya untuk mereka yang berkerja dalam suasana pejabat, ia menampilkan kerektor positif pemakainya.

Tapi kalau nak pakai diluar pejabat sebagai jam harian maka...

... kena buat sikit renovation agar kelihatan lasak dan sesuai untuk aktiviti diluar pejabat maka cara yang mudah dan murah ialah tukar tali! Tapi kalau masih tak menampakkan kelainan boleh tukar cara lain....pergi kedai tukar jam lain terus...hehe

Model baru seiko diver 7s36 berdail putih ni sangat anggun dengan strap canvas hijau!

Sedikit warna merah pada crown dan jarum saat bagi menambat sedikit gaya sporty.

Bracelet dan bazel solid st. steel terasa jam seolah-olah seutas 'rantai besi', strap canvas menjadikan ia lebih selesa dan mesra dipakai dan dipandang.

Aku namakan SEIKO BABY SUMO kerana casing dan jarum sama sepertimana model hebat itu.

Diver military yang bergaya kasual!

Thursday, November 25, 2010

Citizen Kerbau Landuk, spesis pelik di alam fana... ($OLD)

Nama Kerbau Laduk ni pernah aku dengar sejak aku dibangku kantin sekolah lagi, tapi yang kerap aku jumpa adalah lembu ragut ditepian jalan kampung...Menurut emak aku, dulukala kulit kerbau landuk menjadi buruan bomoh-bomoh, "Kalau celupkan kulit tu dalam secawan air, nampak kerbau didalamnya!" begitu le kata mak aku menyatakan bukti keaslian kulit kerbau landuk tu.

Ok.. Ini bukan Citizen Mickey Mouse (Viper) seperti yang pernah aku pertontonkan sebelum ini, sebagaimana Seiko yang mempunyai siri Bullhead maka Citizen juga ada mengeluarkan siri Bullheadnya yang awal yang aku namakan Citizen Kerbau Landuk!

Ramai penternak kerbau dan lembu tak pernah melihat spesis ini seumur hidupnya, barangkali korangpun serupa, kan?

Kepala Kerbau Landuk ni bersegi-segi...

..dengan tiga tanduk terpacak atas kepalanya yang rata.

Muka putih bersih, lebih hensem dari kerbau kampung.

 
Menurut kawan aku spesis ni pernah mencecah harga RM2K seketul!





Kiri Ziper (mickey mouse) dan kanan Kerbau Landuk (bullhead)

Hampir serupa tapi tak sama.

Siapa lebih gagah?

Kerbau Landuk muka hitam ni dah dilamar seorang bomoh kampung buat tangkal kebal, yang kanan tu mujarab menghilangkan masalah seggugut kaum lelaki khususnya para kolektor jam lama dan masih terbuka untuk dijual.

Sunday, November 21, 2010

JENTERA SELAM BARU SEIKO!

Tengah hari yang bahagia aku bersiar-siar di sebuah kedai jam di Kuala Lumpur. Setelah poket tipis dihakis 3 perayaan yang datang bersilih ganti aku cekalkan iman tak mau beli jam bulan ni!

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya banjir ditengah hari! Apa taknya? Setiba disebuah kedai jam mata aku mula cari pasal, dia mula mengintai-intai aksi-aksi beberapa model di ruangan pameran...Nah! pada muka aku...Tangan aku tak mau balik tanpa dipeluk model seksi ini!

"Model ni baru sampai raya haji lepas, hanya ada dua ketul aje di sini" begitulah kenyataan berbaur hasutan yang mengusutkan lagi benang-benang fikiran aku yang sudah berpintal-pintal.

Memang lawa dan nampak klasik pada beberapa sudut tertentu.

Beberapa model baru kebelakangan ini menerapkan ciri-ciri reka bentuk silam yang evergreen.

Glass tinggi dengan bazel nipis

Angka sekeliling bazel dengan typeface 'modern'


Casing menyelimut kemas crown untuk perlindungan maksima.

Bazel 'terkeluar' dari casing yang melengkung, mudah untuk diputar.

Selaput plastik biru yang original! Ori...simpan weh! Mana le tau 10 tahun nanti ada kolektor tegar yang mau semua-semuanya original.

Siapa tak gocang iman bila melihat si dia bertahi lalat besar guli melekat bawah dagu!

Gelap? tiada masalah...

Mudah dan perkasa tapi belum tentu model baru ni dapat mencabar populariti turtle 6105 sana tu. 

Lug panjang...

...Tapi itu bukan masalah kerana...

...ia dibentuk melengkung khas mengikut bentuk tangan aku.

Garis-garis bulatan menonjolkan kemasan.

Jarum dan tanda waktu besar gila! mudah dilihat dari jauh.


Kemas komponen dialnya.

Ujian puspakom, celup dalam air di kedalaman 20mm!

Hehe...lulus..

Pada mulanya aku sangka ia menggunakan casing Seiko Sumo, tapi sangkaan aku meleset...

"Yea yea! Sumo tak malu, nampak anu!" begitu le model baru ni mengejek Sumo yang tak cukup 'kain' nak tutup semua crownnya.

THE MAKING OF 'HOROLOGY FOR UNITY'!

Apabila Sdr Asmar (duniajam.blogspot) memberitahu aku tarikh dan tempat (apartment) perjumpaan para penternak jam seluruh Malaysia bakal diadakan aku mula merasa kesungguhan api semangatnya. Maka lahirlah idea T-shirt untuk menjadikan majlis 'walimah' itu lebih bermakna.

Hanya dibuat di apartment kerana pada awalnya majlis walimah itu hanya bakal dihadiri oleh 'sedara-mara terdekat' aje, bahkan kumpulan kompang pun terdiri 3 orang aje (memang pecah kompang pecah tapak tangan).

Tapi bila aku war-warkan kepada Sdr Radzi (thetick2.blogspot.com) beliau terus memberi sogokan, sogokan tenaga dan cadangan yang membuatkan kehadiran peserta bertambah ramai! Sampaikan lokasi perjumpaan berpindah randah. "Kena buat kat Stadium Bukit Jalil la San" rintihan smsnya apabila lokasi awal tak dapat menampung orang kampungnya yang juga tak mau miss majlis julung kali tu.

OK! Apa logo dan tema? Semasa grafik pertama hampir siap aku terus telefon sdr Radzi memberitahu konsep grafik yang aku reka dan minta beliau perah otak memikirkan temanya pula, kerana grafik lebih kukuh jika disokong sebaris ayat yang ringkas tapi sarat! Setelah beberapa minit 2 tema yang beliau cadangkan 1) 'HOROLOGY FOR UNITY' (untuk logo depan) dan 2) 'WATCHES. ANYONE? VISIT OUR BLOGS!' (untuk grafik belakang). Terimakasih Radzi, hang copywriter bagui!

Dari bentuk, warna dan ayat lahirlah satu konsep yang sedia untuk dicetak di T-shirt dan di ingatan para peserta yang bakal menghadiri dan menyokong upacara yang julung-julung kali diadakan di Malaysia ni.

Logo dicetak pada 2 helai T-shirt iaitu kelabu dan hitam, masing-masing logo hanya berbeza warna sahaja.

Serupa bahagian belakang. Untuk mewujudkan elemen cergas maka warna hijau floresent dan oren dipilih.

Pada dial jam terdapat angka dan petunjuk dimana upacara petemuan bakal diadakan. Angka 4 dalam bulatan: 4 HARIBULAN, Jarum panjang dikedudukan jam 12: DECEMBER, dan jarum pendek dikeduduka jam 2: 2PM majlis bermula.

 Bahagian belakang tertera nama-nama rakan blog jam di Malaysia.

T-shirt hitam mempunyai sedikit kelainan yang agak misteri, tak boleh dilihat dengan mata kasar...

..dimana bahagian ini menggunakan bahan pewarna timbul (amboss)!

Manakala dimalam gelap logo memancarkan cahaya! superluminova! seram tu...

GENAB 70 helai dicetak untuk tempahan terbuka.

Bermakna hanya 70 helai aje yang bakal tersebar seluruh dunia...limited!