Sunday, October 31, 2010

Seiko 1st professional diver 35 Jewels 1967's!

Kiri: Uncle Luv, Mr Kong, otai Mr Radzi dan belakang sana imej lelaki misteri yang tak dikenali.
Gambar hitam/putih (ala 1960-an) ni dirakam semula sebagai mengimbau kenangan silam yang tersirat 44 tahun dulu. Sejarah yang terbina pada 1967 iaitu 20 tahun selepas Jepun menyerahkan Samurai kepada Lt Jeneral Roberts sebagai tanda berakhir perang dunia ke-2. Dikala itu lahir 'senjata baru' Jepun yang meledakan dunia horologi iaitu Seiko professional diver 35 Jewels!

Di sebelah kiri Grand Seiko Professional Diver 300M 6159-7001 25 jewels 1969's pernah aku preview dulu yang dah buat ramai menangis, dan yang di depannya pula model pertama Seiko professional diver 6215-7000 35 jewels 1967's yang memberikan saingan sengit dan hangit kepada mana-mana divers Swiss diketikanya!

Divers 300m dah lama dicipta... baru aku tau haha, yang 1000m tahun bila dicipta? kena tanya sejarawan...

Tengok dekat dua beradik kembar jepun ni ada perbezaan...
Perbezaan pada bazel sangat jelas...

Marine Master abad ini masih mengekalkan tradisi lama nenek moyangnya ni.

Jepun negara industri yang merangkumi hampir semua kemajuan, mereka tak pernah berhenti dari mencipta dan masih mencipta hingga sekarang...

...dan apa yang kita jumpa ni hanya beberapa kerat dari limpahan daya cipta teknologi horologi mereka dan...

..rasanya dari dulu pun spesis ni tak pernah sampai ke Malaysia.

Pro-diver ni ditemui dari luar sempadan negara dan aku rasa hanya 2 orang sahaja rakyat Malaysia yang mendapat pelukannya iaitu Uncle Luv dan sudah tentu aku hehe...jangan cemburuuu

Tak perlu makan atau bersenam untuk menguruskan badan! Dengan memiliki jam ini berat badan korang akan susut 10kg seminggu!

Harga RM21,000! Bermakna  selama 10 purnama terpaksa ikat perut telan maggi untuk simpan dana RM2,000 sebulan... aduhhh

Kemas betul...


Belakang katup habis!


Rekabentuk klasik yang ringkas sebegini selesa dipandang 100 tahun lagi.

Alangkah nikmatnya diwaktu melihat waktu...

Friday, October 29, 2010

DIVERS!!!

"Macam SPECIAL EDITION laa!" Itulah perkataan yang termuntah dari seorang kenalan sebaik melihat penyelam-penyelam handalan ni. Pilihlah mana warna yang sesuai dengan kerektor korang.

RM380-bracelet

$OLD OUT-rubber strap

RM380-bracelet

RM450-bracelet (SOLD OUT!)










Wednesday, October 27, 2010

Seiko 5 Frankenmonster... ($OLD)

“Dulu pernah sekali saya membeli jam tangan berharga RM140,000 ketika mahu pergi bersyarah di sebuah tempat di Kedah. Bila saya pergi ke tandas, ia tercicir dan saya hanya sedar ketika mahu pulang ke Kuala Lumpur.
“Saya tak kesal jam itu hilang kerana saya anggap ia mungkin bukan rezeki saya. Siapa yang jumpa itu, rezeki dialah,” katanya yang pernah membintangi filem Juara dan Ujang sebagai pelakon utama tidak lama dulu. Kisah benar Malik Noor juara Mr. Asia ketika menikmati kegemilangannya.

Apa yang hebat dalam kisah betul ni? Haha... Jelas disana yang mahal bukan jam RM140,000 tu, tapi yang termahal adalah hati pemiliknya...

Kalau jam tu dikebas orang yang tak main jam agak-agak berapa harga dia jual pada kekawannya? Mungkin dijual RM100 je haha... Begitulah juga nasib kita manusia, disini kita mulia disana kita hina.

Ok, kita tinggalkan dulu semua hal-hal keduniaan tu, mari kita tengok Seiko5 Sport yang hebat ni pula.

Divers 200m! dan menawarkan rekabentuk yang hodoh dan lasak!

Jam-jam lasak perlu diberkan wajah yang hodoh/bengis sesuai dengan peranannya. Tengok drama tv? Watak jahat biasanya dibawa oleh mereka yang muka bengis, lagi bengis muka lagi jahat wataknya. Kalau watak samseng diberi pada lelaki lembut memang tak jadi!

Maka itu gelaran 'Frankenmonster' ni memang sesuai malahan kalau korang google 'franken' mesti keluar wajah seram model ni.

Dicipta untuk membawa tugas berat dan mencabar, maka bazel solid st.steel lebih lasak disagat/tergores berbanding bazel aluminium Seiko Sumo yang mudah menampakkan calar bila digores dan menang...sasul laa.
Haha teringat aku ketika dipaksa oleh sendiket 'gores dan menang', agen tu melompat-lompat dan mengucap tahniah bila goresan aku tepat memenangi hadiah RM100,000! Dengan selamba aku cakap "I tak mau RM100,000 ni, you berilah pada mana-mana orang susah" haha bengang dia...

Rubber strap tebal dan keras!

Skru keliling kepala serupa watak Frankenstein yang mengelilingi casing bertindak sebagai 'protector'.

Super luminous jam ni sangat cemerlang, tengok gambar atas sana...

Bercanda dan menyelam bersama, sungguhpun berbeza darjat dan keturunan kedua-dua jam ni hebat.

RM750...mahal? Mungkin 30 tahun lagi model ni menjadi buruan generasi akan datang, dan mungkin harga di ketika itu mencecah RM5,000! Mungkin? Sepertimana nasib berbeza yang dilalui oleh jam Malik Noor, semua ada kemungkinan itu...

Monday, October 25, 2010

SEIKO ATLAS! (RM670 set baru berserta jaminan!!)

Satu-satunya Seiko5 Sports yang aku minati! Berat! Sarat!

Jika ada kelapangan aku akan preview...

Friday, October 22, 2010

EKSLUSIF! BERSAMA VISODATE

Petang semalam ketika syok memecut kapchai menuju Petaling Jaya tergerak hati untuk singgah membuat lawatan terkejut disebuah kedai jam seorang kenalan, dah 2 bulan aku tak datang mungkin ada suatu yang baru disana...

Nah..memang ada kejutan! Benar seperti yang diduga, sebaik melangkah masuk aku disambut oleh model seksi TISSOT VISODATE! model klasik yang dihidupkan semula.

Apa lagi! kamera dipoket mula gelisah dan tak sabar-sabar ingin meratah setiap inci tubuhnya... jgn fikir corner baring ye... jumaat nih!

Suatu yang cantik memang sukar untuk lukis dengan perkataan.

Ada koyok nyah toksid kinohimitsu? Barangkali label terkandung kod rahsia untuk membezakan Tissot asli dan tiruan dari China, label ni China tak bole buat kut?

Walaupun aku tak suka pakai jam warna emas tapi aku suka tengok.

Emas logam yang sangat berkhasiat, apatah lagi jika bergandingan dengan hitam, warna yang menjulang setiap titik kilauannya.

Aduh silau! memenafa'atkan cahaya disekelilingnya, ditambah dengan glass sapphirenya yang tebal.

Papan dial kelihatan terlalu dekat dipermukaan!... istimewa kan?

Setelah kemas mengikat neck-tie untuk ke office, saat akhir yang paling indah adalah mengikat Tissot Visodate ditangan sebelum menghirup seteguk kopi sarapan pagi...sambil melihat jam memeluk kemas ditangan..." Yayang, abang pergi kerja dulu".. ahhh jam ni buat diri terasa begitu sempurna, segak dan sangat bersedia untuk pergi berkerja...

Tapi jangan lalui pengalaman ngeri boss aku ni, jam baru la katakan... lupa tertib, sebelum pakai seluar dah ikat jam, minum kopi terus ke office... selepas incident tu 44 hari dia tak datang kerja, cuti bersalin katanya...haha

Berbaloi...

Aku sempat gandingkan dengan Mido, kedua-dua tunjuk hebat.
Nah! dibawah beberapa gambar ekstra untuk ratapan kita semua...





Dan selamat berhujung minggu...