Friday, September 17, 2010

MIDO

Antara jenama yang aku gilai, tapi tak pernah tersenarai dalam koleksi peribadi.

Mido Commander paling nyaman dipandangan. Mengekalkan rekabentuk tradisi turun-temurunnya menjadikan keluaran lama dan baru tidak nampak perbezaan dan aku lebih mengenali Mido menerusi model popular ini.

 Tiada 'pintu' belakang! Kalau mau melawat bahagian enjin perlu melalui pintu depan.

 
"Pukul berapa sekarang?"...

...wajah tampan ni bukan sekadar memaparkan jawapan itu...Seribu kepuasan ketika memandang jarum-jarumnya melangkahi detikan waktu.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri...

Pada semua kekawan disini aku mohon maaf zahir dan batin, disepanjang pergaulan mungkin ada kealpaan yang aku tersengajakan...
Ye la, sedangkan telinga lagi tergigit inikan pula kita sesama sendiri.

Ok, Orient 60th diatas adalah jam yang aku beli dipenghujung ramadan ni, kira jam raya la. Wajah putih berseri sejuk dipandang. Tic tac tic tac...detikkan jari saatnya merdu bak sufi mengalun zikir dimalam sunyi. Menemani aku bertakbir dipagi raya...

Wednesday, September 8, 2010

ZEPPELIN DUAL TIME ($OLD)

Jam ni dah berusia lebih kurang 5 tahun terperap dan jarang-jarang sangat aku pakai...

Harga beli dulu RM1050!

Dual time, bermakna ada dua jam dalam satu dial, sesuai untuk pengembara, melancong keluar negara atau untuk tonton English Premier League pada waktu jam disana. Crown besar untuk jam utama dan crown kecil (posisi 4) untuk jam kecil (posisi 6)

Glass cembung



Dua crown menyatakan fungsinya yang unik.

Ada dua tingkap haribulan yang berasingan.

Retro kalsik diameter 42mm!



Made in GERMANY

Enjin kilauan emas buatan swiss! bateri baru tukar dan dengan kotak originalnya...MURAHHHH

Tuesday, September 7, 2010

SIAPA BAKAL JUARA DWC (DETIKDAUBELAS WORLD CHAMPIONSHIP laa..)?

Setelah menumpaskan lawan masing-masing dua juara Jepun (SAMU dan ORIENT) bakal dilagakan bagi merebut kejuaraan DETIKDUABELAS DWC!

Apa kata kita imbau detik-detik kemenangan mereka membelasah separuh mati lawan masing-masing?

ORIENT PRO DIVER juara separuh akhir kumpulan A yang menumpaskan Citizen Ecozila dengan lebihan 8 undi  akan bertemu...

JUARA separuh akhir minggu ini SAMURAI TITANNIUM yang membelasah Sumo dan Panadol sekali dengan lebihan 10 undi!
Apapun kita beraya dulu sementara menunggu undian blog selepas Aidilfitri!

Sunday, September 5, 2010

SPEED MEMORY DIMALAM QADR

Pertanyaan yang naik kelangit, kelangit fikiran ku...

1) Gigih, jujur dan setia! begitu le aku melihat dua putera aku berusia 10 dan 12 tahun kental memelihara puasanya biarpun tahu ibadah itu belum diwajibkan kepada mereka. Sanggup bangun diawal pagi untuk bersahur.  Seharipun tak rela tinggal walau penat dan letih menjalani sesi persekolahan bahkan tetap puasa walaupun terlupa bangun bersahur! 
Aku terfikir, kenapa mereka 'seronok' pada ibadah tanpa makan-minum 14jam ni? 

2) Diketika berbuka kami duduk bersama mengelilingi juadah lalu terbisik didasar lautan hati... "Selesai sudah, tapi apakah sama taraf puasa aku dengannya?" Dari terbit hingga terbenam matahari menjalani puasa dengan ''MENJAGA DARI PEKARA2 YANG MEMBATALKANNYA'! Sekadar memenuhi definasi umum tu maka layakkah aku diberi ganjaran yang lebih besar dari kanak-kanak ini?

3) Malam QADR adalah ganjaran yang tak terbanding untuk mereka yang berpuasa yang mencapai kematangan dalam ibadah itu, umpama mereka yang main jam-jam lama dimana peringkat awal tentu berbeza dengan peringkat akhirnya, samada dari sudut koleksi atau pengetahuan berkenaannya tentu meningkat dan bertambah baik.

Serupa juga dengan ibadah seharian yang aku lakukan bertahun-tahun, apakah aku semakin fasih/hafal semata-mata sedangkan ilmu berkenaannya tak berkembang langsung sepertimana aku dipetingkat darjat ilmu melalui hobi jam?

4) Kenapa beribadah hanya pada malam-malam yang 'mungkin'? Bukankah malam qadr itu perlu 'dicari'?
Berapa tempoh lamanya? Sepanjang malam? 3 jam? 3 minit atau beberapa detik sahaja?

Tiada siapa mampu menjawabnya dengan jelas kerana ayat itu terlalu majazi. Namun aku tertarik pada seorang tua 10 tahun dulu katanya "Malam yang bukan diukuran dengan detikan waktu, tapi malam itu ukuran lapisan nafsu...carilah didalamnya ".

Namun nabi hanya memberikan klu yang dapat membantu kepayah mencarinya, sabdanya "...Carilah ianya pada 10 malam TERAKHIR dari pada malam-malam yang GANJIL"

Teringat aku ungkapan indah Arwah Pak Mat (beliau murid rapat Tok Bahaman) pada tahun 1998 dulu tentang Lailatulkadar, katanya "Angin petang itu memberitahu kedatangannya" Namun apa yang Pak Mat cerita panjang lebar tentang petanda hebat malam itu hanya mampu dilakar oleh fikiran aku yang dangkal...Mungkin 'lukisan' aku itu sebuah hasil imegenasi yang jauh dari wajah hakikatnya? Wallahua'a lam

Pertanyaan itu sifatnya akal. Hilangnya  pertanyaan pertanda suatu kematian- Falsampahku

Jarum berbentuk unik, macam kayu kacau dodol...

Menyamai dashboard Ferarri aku!

Ada 4 panel digital!

Ada 5punat termasuk satu punat merah yang seronok ditekan dan ditonyoh-tonyoh!
  
Gambaran dari udara...

Adunan warna yang kontras dan ringkas! Hitam 70% Putih 25%, Warna garang kuning dan merah masing 5%...Segak tu!

Tanpa jarum saat, mungkin nak menjimatkan petrol.

Jam ni sesuai untuk menyukat kelajuan ketika luba kereta, lumba motorsikal atau luba lari dalam guni ketika acara sukan hari keluarga (tak relevan untuk sukan acara tiup tepung)

Jam sport memang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang mudah dicapai pada warna serta susunan luaran dan dalaman.

Punat yang terkandung fungsi utama dibezakan dengan warna merah.

Kalau OMEGA diganti pada tulisan CASIO, agak-agak berapa harganya?

Inilah dia SPEED MEMORY 100R!

Casio ana-digi dial putih sebegini pernah menyerang Malaysia 15 tahun dulu, ini juga satu-satunya Casio yang digilai ramai.

Friday, September 3, 2010

MERIAM BULUH! KENANGAN RAYA SILAM....

Meriam buluh begitu popular 40 tahun dulu. 'Senjata berat' ni mudah dibuat serta senang dipindah ke lokasi-lokasi rahsia supaya tak dihidu (sniff...snifff) oleh pihak tak berkuasa. Agar 'pertempuran' nampak real meriam ni diletakkan dicelah semak kebun getah berhampiran lorong kampung, diselimut dengan ranting dan daun.

Sebaik aje maghrib berlabuh berdetam-dentum letupan bersabung disekitar kampung . Bunyi dahsyatnya mampu membuatkan mak aji tercungap-cungap melatah panjang, dan ada beberapa kes tok aji yang sedang berbasikal jaguar menuju kesurau bertarawih terbabas terhumban keparit...ish kejam sungguh.

Seminggu sebelum raya kawan aku (kawan sekampung) akan masuk ke kebun cari buluh untuk buat meriam, dia buat sorang-sorang je tanpa dibantu oleh keluarga maupun mak bapaknya, berdikari tul!
Sama macam buat lemang, bahan-bahannya ialah:
1. Buluh 5 kaki
2. Beberapa ketul karbaid secukup rasa
3. dan Secawan air, kalau nak rasa manis sirap pun ok...

Caranya: Karbaid dimasukkan kedalam buluh, kemudian air dimasukan sedikit demi sedikit sehingga adunan berbuih dan mengeluarkan gas!!, kemudian...

...aku tengok dia cucuh api kat lubang yang ditebuk dipangkal meriam...kalau campuran tak seimbang gas yang terhasil cair, maka bunyi kentut lembu 'BULBB' aje yang berkumandang! Tapi kalau gas pekat bunyinya......KABOOOM!

Memang dahsyat...Dah beberapa kali dia tercempak ke semak kerana letupan kuat meriamnya, tapi dia memang keras hati, dah berbuih mulut menasihati tetap dia berdegil walau dah hilang jari akibat mercun . Jadi, aku nasihatkan kekawan semua jangan le main mercun-mercun yang berbahaya ni.
OK! Jom dengar lagu raya vintage Tan Sri P. Ramle! Lagu bertajuk klik > SUARA TAKBIR!

Thursday, September 2, 2010

SEIKO GMT PERTAMA DIDUNIA!

S    E    I    K    O







Gambar terang lagi bersuluh, maka tak perlu lagi aku terangkan dengan perkataan..
-koleksi Uncle Luv

Wednesday, September 1, 2010

DENTUMAN HARGA RAYA!

KABOOOM!...
Kekawan peminat jam vintage SWISS! Sila tengok bawah ruang sebelah kanan letupan HARGA RAYA yang luar biasa!

Teringat penghujung ramadan (malam tujuh lekor) 30 tahun dulu dimana kampung-kampung disekitar kampung aku gegarkan oleh ledakan meriam buluh pada setiap malam khususnya malam tujuh lekor! Ledakan bertujuan untuk menunjukan keupayaan persenjataan pada kampung-kampung bersebelahan serta untuk melatahkan makcik-makcik yang pergi balik surau. 

Sehari sebelum malam tujuh lekor, pacik aku akan mengeluarkan meriam-meriam pusaka yang disimpan/diperam didasar parit depan rumahnya, itu adalah petua mengawet turun-temurun warisan nenek moyang agar meriam buluh itu sentiasa sarat, berat dan kuat serta mampu betahan bertahun-tahun. Bunyi meriamnya...masaayallah! Kuat gila! sekali ledakan bergegar tanah sekeliling!

Bila 'peperangan tamat' meriam-meriam itu akan dibenam semula didasar parit.

HARGA RAYA Titoni ni hanya...hanya...heiya...RM380...Heiyaaa...mayak mulah woo.. tengok jam-jam lain cepat! sebelum stock dan poket licin!
KABOOOM!!!