Thursday, August 26, 2010

CASIO ALTI-DEPTH (preview aje)

Kawan aku Bro Lim seorang penternak jam lama dan baru ...

...semua jenis dia layan samada model jepun, jerman atau swiss.

Tapi apa yang aku perasan dia simpan model terpilih aje khususnya model yang diluar pasaran Malaysia.

 Contohnya Casio ni... haram tak jumpa kat Malaysia!

Ada 4 lubang hidung yang berfungsi menghidu data sekeliling untuk diproses oleh sensor yang bersembunyi didalamnya..sniff.sniff. Walaupun kecil dan ringan model ni dilengkapi teknologi canggih.

Jam Casio Alti-depth ni sesuai dipakai ketika aktiviti luar, semua data sekeliling tepapar ditangan kita

Bentuk luar biasa jarumnya...

Butang tekan berserta crown disekeliling casing.

Model alti-depth ni hanya membiak dibumi Jepun aje (JDM), sini memang tak jumpa!

Berlainan dengan model Protrek lama (GMT) ni yang tersenarai diantara model yang 'RARE' yang hanya terdapat di Detik12 aje! Model ni terbuka untuk jualan. Ayuh sambar cepat!

Sunday, August 22, 2010

RADO STARLINER 999 (SOLD)








Jam paling sedap!

SETESEN PETRONAS DITENGAH ESTATE?...

Banyak yang dah terkena, khususnya mereka yang keluar dari lebuhraya Plus melalui Toll Jasin. Jalan sepanjang 16km merentasi tengah estate kelapa sawit yang berliku-liku dan sunyi sepi menghubungkan lebuhraya AMJ (Melaka-Johor)

Dikatakan beberapa orang pemandu yang melalui jam sekitar 4-5 pagi melihat stesen minyak petronas misteri disitu! Seorang mangsa yang tak mahu dikenali dan tak terkenal berkata "Saya pulang dari kerja syif malam kerap melalui jalan pintas tu sekitar jam 5 pagi, tiba-tiba ternampak stesen minyak yang terang benderang, tanpa berasa was-was terus mengisi minyak disitu. Selepas beberapa minit meninggalkan setesen kereta terhenti!" Keesokan hari mekanik kata tangki minyak keretanya penuh AIR!

Tapi kalau kat situ jumpa polis buat sekatan jalan jangan korang pecut pulak!

Friday, August 20, 2010

BERNHARDT...

Mungkin korang tak pernah dengar nama tu? tapi disebalik keasingan itu terletak keistimewanya. yang tersendiri dan menyendiri.

Asing dan terasa unik... Seunik tuannya Bro Shah, Nama penuh Shah Rukh kut?

Jam menunjukkan pukul 11.22.32s waktu kami memulakan 'penjelajahan'.
OK, mari kita belek-belek sudut-sudut hebat jam ni...jom!






Hanya 500 ketul aje tersebar serata dunia...




Memang kemas pembuatanya, maklum le jam dihasilkan terhad dan mengikut tempahan.

Terimakasih Bro Shah kerana sudi berkongsi dengan kita semua!

Thursday, August 19, 2010

CASIO! MURAH, RINGKAS DAN LASAK!...

...nama yang belum ada tandingannya...

Classic digital!... Aku terjumpa ketika berjalan-jalan membanci kedai-kedai jam di bandar Muar. Apek kedai (taukey) kata jam ni dah lebih sepuluh tahun. Bulat! Bentuk yang ringkas tapi sangat-sangat menarik! Biarpun ringan, tangan aku tersangat suka mengayakannya. Ini le bentuk asal/permulaan kebanyakan jam digital Casio! Ringan, murah dan ringkas.
"Kasi simpan apek, nanti raya saya datang beli"...

Tuesday, August 17, 2010

SEIKO CHRONOGRAPH PERTAMA DI DUNIA

Kebanyakan jam chrono ada dua butang pada posisi jam 2 dan 4, tapi berlainan dengan model pertama ni.

Start-stop-reset hanya perlu menekan butang chrono yg tunggal tu...ajaib kan?

S  E  I  K  O... ejaan yang sangat cantik

Ada bazel, macam jam diver, buah cempedak buah nangka, sekali pandang itu yang aku sangka.

Masih anggun, aku memang suka jam yang mempunyai bazel nipis sebegini.


Seiras jam octa (swiss) diruang bar sebelah >>>



Lawa...


Bagi aku, model pertama ni kelihatan lebih smart.
TQ uncle Luv...

Monday, August 16, 2010

Cerita pasal puasa...

Ini le caranya kawan aku berbuka puasa bila tak sempat berdepan dengan makanan. Aku tanya "Kau ikut mazhab mana? Hambali, Hanafi, miliki atau Syafie?"
"Semua bukan, aku ikut mazhab Sendiri..." jawabnya

Macam melombong pasir!
"Kenapa korek telinga pun batal puasa ustaz? Bukan kenyang pun?" pernah aku tanya masa kekecik dulu. Korang boleh jawabkan?