Tuesday, June 29, 2010

SEIKO MONSTER MILITAN!!

3 hari lepas aku selongkar koleksi-koleksi jam yang dah lama terperap dalam kotak, terkejut aku bila terjumpa Seiko Monster ni yang tertindih oleh jam-jam lain, dekat dua tahun jam ni merajuk kerana diabaikan... ish!...nampak lawa pulak!

Gitu le perasaannya bila ‘bersua semula’ kekasih lama haha... Maka aku nasihatkan kekawan semua peminat jam, fikirkan sehangus-hangusnya sebelum melepaskan jam yang dah jemu/muak dipakai, simpan dulu setahun dua lagi lama lagi bagus, bila jemu dah beredar maka buka le semula, pasti korang mendapat kesegaran pandangan sebagaimana korang mula membelinya dulu. Tak guna kalau kita memuaskan sikap jemu dengan tukar -beli-tukar yang tak akan berkesudahan.

Untuk memberi semangat baru maka pakaikan nyalon strap (hijau) yang biasanya dipakaikan pada jam-jam military...Hasilnya sungguh menyeramkan!

Tak perlu berbelanja tinggi, hanya tukar tali jam aje, korang dah 'dapat jam baru'!

Monster ni dah nampak macam kereta kebal...

"GANAS!" kata kawan aku si Fadzil yang tak melepaskan peluang untuk mengujinya.

Ok, untuk kekawan semua yang berminat menternak jam-jam lama yang masih terdapat di blog ini jangan segan untuk berurusan, dial talian bebas tol plus 0123939084.
Jang lupa! SEIKO TURTLE dan UFO masih menunggu lamaran... rebut harga istimewa tu.

Saturday, June 26, 2010

Pasir putih dipinggir kali (sungai)... CASIO RISEMAN BLACK MILITARY ($OLD)

Isu pasir merebak nampaknya, bermula dari di Selangor kini di Johor pula. Terbaru kegiatan korek pasir di Sungai Johor yang dilonggok dibeberapa tempat di Singapura. Artikel The Star hari ni menyebut beribu juta tan pasir diJohor untuk penambakan laut Singapura sehinggakan negara itu 22% membesar dalam tempoh 40 tahun.

Pasir punya hal mengingatkan aku lagu asli nyanyian Sharifah Aini dan SM Salim ni, senikatanya bagai rayuan bumi johor yang diratah oleh jentera-jentera ganas siang dan malam... " Pasir roboh, bukan barang buat berniaga tuan..." Ahh...indahnya bahasa...dengar rayuan nya ni sejak 50 tahun dulu >>> (klik) PASIR ROBOH

CASIO RISEMAN BLACK MILITARY!
OK..tinggalkan dulu masalah dunia tu, apa kata kita tengok RISEMAN MILITARY ni?

Jam stock baru ni amat sesuai dipakai untuk kerja-kerja lasak seperti melombong atau mengorek pasir...haha

Lawa...tapi ganas.

Tak perlu tukar bateri, dedahkan aje 6 jam sehari setiap bulan untuk penuhkan kuasa bateri.

RM550!

Thursday, June 24, 2010

TUDOR SUBMERINER (preview aje)

Tengah hari tadi aku berkesempatan bertemu 4 sahabat peminat setia jam vintage, Sdr Hamid, Sdr Mat Nuh, Uncle Luv dan seorang lagi sahabat baru yang aku lupa namanya tapi sangat hebat koleksi-koleksi yang dibawanya. Satu dari koleksi jamnya yang begitu menguja aku ialah TUDOR SUBMARINER!
Nah! Sila layan beb!

Dial dengan bentuk jarum yang unik! memang unik!

Jangan tengok dgn mata zahir (jgn marah ye sdr Zahir), tapi tengok le dengan mata hati...eewah!

Potongan kelihatan begitu kemas dan teguh

Bahagian atas bertingkat-tingkat

Sedap ditimang-timang ditelapak tangan.


Strap nato ni memang sesuai menjadi pengikat jam diver yang sentiasa bersedia meredah cabaran berat

Mempunyai aura tersendiri, sebab itu le aku suka peram dan belek jam-jam veteran berbanding memakainya.

Ketulan besi seberat +150gram ni berharga RM4.5K! Begitulah yang ditawarkan pemiliknya.
(PEMILIK BERTUAH TUDOR NI SILA HUBUNGI AKU, ADA PEMINAT DARI PAHANG BERHAJAT MEMILIKINYA)

Friday, June 18, 2010

Saturday, June 12, 2010

PROTREK PRG-200


Ciri utama memberanikan aku melebur RM850 untuk jam ni ialah kilauan gelang st.steelnya, elemen ini menampakkan jam kelihatan menyerlah


Satu yang aku tak suka ialah terlalu banyak label dan tulisan sekeliling jam, istimewanya model ini kilauan st.steelnya 'memadam' sebahgiannya.

Rubber strapnya pun ringkas aje.
Sebenarnya jam ni aku pakai bawa bercuti balik kampung di Sungai Petani Kedah.
Butang-butang Kompas, Barometer, Altimeter dan Thermometer jam ni sangat seronok di tekan-tekan.

Sempat aku menjengok 'jiran' belakang rumah. BEEEK...BEEEKK! (Bahasa kita maksudnya "Singah le...")

Ishh! SiBobot ni pemalu betul! Bila aku nak snap je dia sorok kepala...

SiBobot ni bini ramai tinggal sebumbung, tak gaduh pun...Apa petua dia ye?

922m dari paras laut dengan suhu 28.9C! Tau aku berada dimana?

Keesokan harinya aku bersama keluarga naik Gunung Jerai, hujan lebat sepanjang pendakian.



Semua duduk kat gazebo, takut air...

Dia ni je yang tak kisah basah

Kawasan rekreasi yang indah

Tengok sungai, tengok pokok cukup meredakan


 
Sempat berendam dan main air...


Kemana aje aku pergi data-data sekeliling terpampang disini. Best!
Dari Gunung Jerai aku turun ke Tanjung Dawai untuk makan tengahari sambil beli keropok, ikan masin dan belacan

Mee udang sini memang popular! Ada mee disebalik udang

Selamat tinggal Tanjung Dawai...masa untuk pulang.

Balik melalui Jalan Sungai Lalang yang merentas estate. Aku sempat merakam kawasan 'keras' ni...

Kisahnya berlaku 14 tahun lampau, sekitar 10 malam ketika melalui jalan yang gelap dan sunyi  ni tiiba-tiba tingkap kereta aku terbuka dangan sendiri dua tiga kali! Dan kali kedua pada waktu yang sama aku memandu berseorangan sambil tangan kiri meraba-raba cuba mencapai botol air mineral yang jauh di seat belakang, tetiba mudah dicapai terasa macam ada yang menghulurnya! SERAMMM...

TOUGH SOLAR! memberitahu kita supaya jangan risau tentang bateri habis...

Sunday, June 6, 2010

SEIKO DIGITAL RAREEE! (RM700)

Jam yang dicipta khas untuk digayakan oleh para pengadil bolasepak sempena Bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti... Jam yang dibeli diSingapura ni masih baru, tak sempat dipakai malah warranty kedai masih berbaki 6 bulan lagi!

Tonton World Cup kat kedai mamak memang best kalau pakai jam ni...

OK, broadband lembab gila diKg Sungkup Sungai Petani ni, jadi hanya gambar2 dibawah ni yang sempat dimuat, semuga boleh membantu korang mengenali model Seiko DIGITAL yang memang sukar diperolehi dipasaran manapun...

















Sesuai sangat untuk dipakai hari-harian.