Friday, May 28, 2010

CASIO ALTI-DEPT METER

Dulu, model ini memang tersangat sukar ditemui sekalipun dikedai-kedai pengedar Casio, apatah lagi hari ini.


Selaput errr...plastik masih lekat dan dah payah nak tanggal.

Aku sangat bernasib baik kerana ada seorang taukey jam yang 'simpankan' jam ni untuk aku hampir 8 tahun ..hehe

Yang besarrr macam pusat Giant (kawan Doremon) ni bukan crown jam ye, tapi sensor altimeter dan depth meternya

Jam bersih dan cantik, maklum le stok lama yang tak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki bukan muhrim

Walaupun terperap, alti dan depth meter berfungsi!

Bezel, 4 butang dan crown gold rose!

Kilauan gold rose memang cantik, jernih dan tak terlalu pekat.

Aku tak pernah menguji lebih-lebih jam ni kerana kitabnya dah hilang dimakan anai-anai.


Thursday, May 27, 2010

PENDEDAHAN EKSLUSIF!

Aku temui jam ni diruang display dalam keadaan dah tak bernyawa.

Sebetulnya dah berpuluh kali aku kunjungi kedai ni tapi tak perasan 'kewujudan'nya disitu, sehinggalah pada satu hari yang bertuah tergerak lidah aku minta tokey keluarkan seiko merah ni.

Setelah aku belek-belek aku berkenan pulak pada keunikannya,...Aku minta tokey pasang bateri...

Setelah jam bernyawa butang-butang disekeliling aku tekan-tekan aje (testing la), Wah! tak disangka! dial merah tu menjadi 'pentas' aksi hebat fungsi-fungsi yang tertera disitu...lalai aku dibuatnya.

Casing seperti 'helmet' menakap tangan dengan kemas. Hampir keseluruhan jam ini kelihatan unik..

....kedudukan dan jumlah butang/crown nampak agak ganjil...

...jarum jam pendek dan braceletnya yang lawa.

 Jarum-jarum jam menjadi indicator yang menjalankan banyak tugas! Bila butang chrono ditekan jarum saat akan bergerak dari jam 12 ke 2 berulang-ulang macam wiper kereta selama 10 minit, haha...kawan aku kata gerakan yang melucukan.
 
Jarum-jarum jam kembali kepada kedudukan masing-masing bila mode timer dipilih semula dengan memutar crownnya

Rekabentuk crown nampak kemasan.



Wednesday, May 26, 2010

PILLAR

Serba serbi ringkas jam ni, tak nampak 'apa-apa' pada dial jam ni kecuali jarum jam semata-mata.

Warna coklat yang berkhasiat

Sukar mencipta jam yang ringkas tapi menawan sebegini
Model yang pasti menguatkan koleksi yang sedia ada.

Monday, May 24, 2010

HAMILTON MILITARY (sold)

Diameter 35mm

Maaf semua..tak sempat lekat banyak gambar, tapi jam enjin ETA automatik yang berdezup!

Wednesday, May 19, 2010

TISSOT SEASTAR BIRU


Model ni dah lenyap dari peta pasaran Malaysia...  Aku terpaksa berfikir selama 3 tahun sebelum membelinya. Pada pertemuan pertama dulu banyak ciri-ciri luarannya yang aku tak minat, tapi bila difikirkan semasak-masaknya baru le aku fahami bahawa- sesuatu kelainan itu memang sukar dan lambat diterima. Bermula dari itu aku mula memburu jam-jam 'hodoh'.

Jadi, 3 perkara yang menarik napsu aku untuk memilikinya, 1) Bentuknya yang hodoh dan tak cantik. 2) Payah jumpa-bandar maupun ceruk kampung. 3) Namanya TISSOT, mirip nama kucing aku dulu yang amat baikhati, kalau dapat rejeki tak makan sorang-sorang bahkan selalu ingat tuannya, tiap malam masuk kebun sawit bawa balik hasil buruannya spt tikus atau biawak Weeak! 

Enjin quartz yang lebih setia dan amanah berbanding automatik, tak payah goncang-goncang tangan setiap kali nak menyarungnya..errr capai dan pakai aje, senang!

Jarum-jarum dan bezel yang tak tiru mana-mana jam lain.

Satu-satunya jam diver yang mempunyai 'karektor' tersendiri, sangat membezakan dirinya dengan yang lain.


Sapphire glass

Jarum jam dan minit err...tang ni aku kurang berkenan

Bezel mempunyai kelainan tersendiri


Keluar dari kotak mewahnya berserta 2 katalog sejarah TISSOT.

Korang pernah jumpa G-SHOCK model 1995 ni? Ini jam baru stock lama (NOS) buatan Japan!

Model aw-560. Buckle, skru dan jarum minit 'gold'!
Aku akau priview kemudian dan sesapa yang berminat maka maskawinnya cuma RM350nettttt!
Oh ya...esok aku nak bawakan satu kisah benar, kisah seram yang menyayat hati...

Tuesday, May 18, 2010

ANTARA LANGIT DAN BUMI...

NAFSU adalah teman sejati setiap diri bernama manusia, mahluk yang beribu nama tapi pada hakikatnya hanya satu wajah ini menjadi 'software' penting yg besar perananya dalam diri manusia, dikala beribu planet dan bintang sekelilingnya gelap, kontang dan sepi, bumi ni rancak diwarnai kerana hadirnya. Bersyukurlah kita kerana adanya. Bayangkan kehidupan manusia tanpa nafsu, apakah kita dianggap mulia seperti malaikat?...

Bahkan betapa 'power'nya roh yang bernama nafsu ni sehinggakan kalau dimasukkan ia ke tubuh malaikat dilangit sana maka bisa 'terbabas' juga mereka dibumi seperti kita disini.

Aku teringat templak seorang Kiayi (arwah dah) 10 tahun dulu "Hanya kita (manusia) dialam semesta ni yang sanggup memikul langit dan bumi ni!...."

Bila tuhan menciptakan nafsu disana maka diciptakan pula jodohnya dibumi sini, kalau inginnya pada harta maka hartalah yang dikumpulnya, kalau inginnya pada wanita maka wanitalah yg dikumpulnya, dan kalau pada semua itu maka segala lorong takdirNya terpaksa diredah kerana mentaatinya. 'Raja' ini bertahkta sehingga binasa bumi ini.

Dah terkeluar tajuk...Sebenornya aku bercerita pasal jam biru ni....biarpun tak suka pakai tapi sangat berkenan untuk memilikinya. Aku akan cuba penuhi minggu ni dengan jam-jam biru!


Sunday, May 16, 2010

Menyelam sambil minum air serta menghirup udara segar bersama GULFMAN BIRU! (SOLD)


GULFMAN memang dicipta untuk aktiviti disungai dan laut.

'Permata biru, berhati-hatilah selalu...' -ELLA

Titanium pada back case dan skru! TARAK KARAT!

Ada graf pasang/surut air laut serta data bulan pada skrin LCD, memudahkan kerja-kerja menangkap ikan, sotong atau buaya.

Ada jambatan kat tengah dial...kira unik ni!


Beginilah bentuk jam yang di iktiraf terlasak didunia fana ini...

Spesis robot transformer, sangat selesa dipakai tangan...

 CASIO G-SHOCK nama besar teknologi dunia jam!
Koleksi korang ada seketul?

Friday, May 14, 2010

BUAT PEMINAT-PEMINAT 'TANK' 200M


Nampak sekumpulan ikan pari berenang didasar lautan birunya?...

ALBA MANTA RAY!...ilham dari 'pesawat' ni, hebatkan?


Bentuk rubber strap yang unik, memberikan cengkaman yang dashyat.


Jangan main-main beb!... Enjin dia sama genetik dgn samurai-samurai belakang tu!



Yang ini digelar ALBA WAVE, kerana corak dialnya

Alba diver 200m ni dah pupus dipasaran, kalau korang jumpa kedai elok beli aje, toksah nak tebuk dinding kedai pulak...kerja haram tak berbaloi!