Thursday, April 29, 2010

BELIEVE IT OR NOT!

Barangkali forum dan rencana dimajalah dan blog internet tentang jam ni buat dia teruja untuk memiliki dan mengujinya.

Kemana aje pergi dia pasti pakai divernya tu smada mandi, mendandan, masak, menguli roti canai atau kepejabat, pasar atau berjoging...dia seronok melihat jamnya dikotori kelasakan.

Ketika bercuti diPulau Redang dia membawa keperluan menyelam terutama jam divernya (dan kicap Tamin). ‘Boleh lemas aku kalau menyelam tak pakai jam diver” katanya.

Bak melepaskan penyu ke laut haha... 3 jam dia menyelam melihat keindahan flora fauna dan jamnya didasar laut, diketuk-ketuk dan digoncang-goncang  memang kalis air beb! Naik kedarat dia campak aje jam tu bersama sut menyelam kedalam bakul... ketahanan jam tu buat dia tak risau itu semua.

“Nak tengok kecantikan sebenar jam diver bukan kat darat! Selam, tengok dalam air la!!” Aku teringat mutiarakata sahabat karib aku yang tak aku kenali... mungkin ada kebenaranya...
Ok jam ditangan kawan aku tu adalah SEIKO MONSTER! Mungkin ada kekawan yang ada pengalaman boleh mengulas sikit tentang jam ni...

SEIKO MONSTER- bracelet

4R15 Diver- rubber/bracelet (RM900-980/BOX SET!)
 
OK kepada kekawan peminat jam, SEMUA harga jam yang tersenarai masih boleh dibawa kemeja makan untuk dirunding...OK?

Tuesday, April 27, 2010

BELIEVE IT OR NOT!

Seorang kawan aku yang terlebih siuman menyimpan jam divernya dalam plastik berisi air, bukan setakat tu aje...

...dia masukkan pula kedalam peti ais di bahagian sejuk beku selama satu malam! Alangkah terkejutnya dia anak beranak apabila jantung jam masih berdegup dalam plastik yang keras membeku tu! Jam apakah itu? Tunggu jawapanya...

Sunday, April 18, 2010

Jumpa jugak akhirnya...

Boleh korang teka spesis yang yang hidup di laut dalam ni?...

Rupabentuk ringkas, tengok sekali memang lambat hati nak tergoda...

Tuesday, April 13, 2010

SUMO DENGAN CAWAT BESI (RM2,500-cawat getah)

Ada artikel yang sangat menarik untuk dilusuri, kembara xtream 20 tahun seorang pencinta jam. OK..selepas tengok raksasa sumo ni jom kita ke http://www.thetick-thetick.blogspot.com/  

Sumo memang nampak sangat gagah, nak tau kenapa?

 Sebab casing bazel, marker, jarum dan typeface semua buncit. Tapi hanya satu je yang kecik ..iiaitu le braceletnya hanya 20mm.. macam ahli gusti sumo yang gemuk gedimpol berdiri atas kaki kecik,...payah nak balance tu, kalau bersin dah jatuh tergolek.

OK! Sumo oren ni datang dengan rubber strap tapi aku try dengan bracelet st.steel...

Fuh! Nampak macam pengganas!


Apa komen korang?

Monday, April 12, 2010

CASIO SWIM TRAINER ($OLD)

Made in THAILAND atau CHINA, itulah yang tertulis dibelakang banyak Casio baru dipasaran Malaysia hari ini. Tapi model bertuah ni lahir ditanah asalnya negara Matahari Terbit, JEPUN

Ini salah satu model SMART Casio yang jarang kita lihat.

"BERTUKAR!"...bertukar selera kepada digital pulak la... Jam digital murah, mudah dan lasak! Teknologi yang hampir meranapkan pasaran jam automatik 40 tahun dulu!

Ada sesetengah model digital ni dah kira klasik beb.

Lawa gila jam ni, aku jatuh cinta sebaik aje diusik julingan manjanya...

Gabungan warna yang sangat padan

Jam ni tak pernah aku pakai, beli dan simpan dan semua berfungsi sempurna.

Kotak dan buku panduan jam dah hilang tah kemana...


JAPAN C...label no. siri pun tak sempat tanggal lagi...

Saturday, April 10, 2010

Selamat jalan Zepp!

Setelah hampir setahun bahagia bersama, Zeppelin diver terpaksa aku lepaskan. Jodoh kami hanya setakat  ni aje.

Keluarnya 'selak' bracelet Zepp yang istimewa ni tanda perpisahan yang memilukan...Dengan linangan air mata dan hidung aku kenakan semula bracelet asal Zepp ni, surb, surb.. sedih tak terperi nih.

 Rantai dah lekat. Tepat jam 9.37 pagi yang gerimis tangan aku buat permintaan terakhirnya.

Aku pelukan dengan bantal gebunya, "Tidurlah wahai permaisuri, kau bakal menjadi milik jejaka Perak"....

Begitulah lumrah perjalan sebuah jam yang lahir di German ni.
Pemiliknya datang dan pergi sedangkan ia terus diwarisi, mungkin beratus tahun lagi...

Thursday, April 8, 2010

ZEPPELIN DILOT ($OLD)

OLDGabungan ciri-ciri diver dan pilot membuatkan jam ni begitu menarik.

Glass sapphire

Dial hitam yang dengan line marker yang jelas

Bazel yang boleh diputar

 Crown skru dan...

ditambah teknologi terbaru tiub gas menambah keistimewaan jam pilot/diver ni.

Cahaya terpancar dari tiub gas dengan 2 tone yang berbeza pada 3, 6, 9 dan 12.

bazel hitam disempadani 2 ring st steel yang halus, kemas gila!

'Kapal selam' digerak oleh enjin pesawat buatan  SWISS ETA.
Jam sedia untuk dibawa terbang atau menyelam!

Wednesday, April 7, 2010

SUMO (RM2,500 nett)

Sumo ni aku pakai tak sampai 10 kali pun. Warranty masih ada berbaki 6 bulan dengan set kotak yang didatangkan dari jepun. Jam JDM yang harganya sentiasa bertambah 3-5% setiap tahun!



Body masih 100% nampak baru dan licin! seurat bulupun tarak!..
AYUH! peluang memilikinya datang seumur hidup sekali je!

Tuesday, April 6, 2010

Bersimpuh bak hulubalang...

...mencangkung bak rimau berantai

...Kalau tuan bijak terbilang
...Bayang siapa baring dilantai?

Asyik jual jam aje, hari ni jual pantun pulak, jual murah-mura aje.
Tau milik siapa black shadow tu? Dah 3 tahun dalam pasaran, tapi kian lama kian susah jumpa kerna kedatangan model2 baru. Dan sebagai pemburu tegar ini le masanya...

Monday, April 5, 2010

HARI TU DALAM SEJARAH (kisah benar yang dilakonkan semula)

Bau busuk jam 1 pagi...serammm

Berlaku pada jam 1 pagi semasa perkemahan ditengah hutan rekreasi. Sedang sedap tidur tetiba aku dikejut oleh bau busuk, wah! seram dibuatnya. “Usop, Usop, bangun! kau terhidu sesuatu tak?” bisik kat Usop “ Ishhh, mulut ko tu jangan celupar, tengah hutan ni” jawap Usop.

   Tetiba aku terpandang kepala siSeman dicelah pintu kemah dengan muka macam kucing meneran ...  "Usop jangan le tidur dulu, teman aku jap, ..eerr..perut aku memulas nih..." katanya

Sebenonya dia (Seman) sakit perut nak berak, puas dia kejut kekawan minta menemaninya, semua tarik selimut aje, disebabkan takut dia mencangkung atas kertas diluar pintu khemah, sementara kepalanya menjengok kedalam kemah. 
 
Alhamdullilah, dia selamat melangsaikan hajat sucinya tanpa diserang atau dibaham harimau. Pakcik aku kata kalau pak belang serang mesti tangkap tengkok dulu, tapi malam pak belang konfius, tak 'jumpa' tengkok si Seman agaknya....atau pak belang tak berselera...hahaha...


Ada kawan aku tak percaya yang Seiko ada keluar enjin 'gold', tak pernah nampak katanya. Mungkin enjin ni dikeluarkan sedikit aje kut. Ni hah enjin unik 6206B yang bertangga-tangga. Nak tengok muka jamnya? Nantikan selepas Siaran Laporan Parlimen...

Sunday, April 4, 2010

Komandirskie Paratrooper (tak jual)

Katak jepun ni aku jumpa melekap bodoh ditangan kawan baik aku semalam. Aku akan preview!


JAM PARA PENYANDANG AK-47!

Selain katak dan buaya ada satu lagi haiwan amfibia yang hidup dibenua sejuk Russia, nama saintifiknya Komandirskie Paratrooper. Lasak diudara, darat dan laut...fuh hebat jam askar ni.

Jam-jam Rusia ni memang dicipta untuk aktiviti lasak militer, jadi sesuai juga untuk orang awam macam kita.

Kawan aku beli di Taiwan 2 tahun lepas.


Serba bekilat...macam juga kasut abang askar biar hitam tapi mesti berkilat... itu melambangkan perihatin dan displin!

Enjin kunci dengan crown skru

Selain jam diver, jam military juga pilihan utama aku.
Ronnie! Jam you ni memang lawa...