Tuesday, March 30, 2010

SEIKO 6138-0030 ($OLD)

SEIKO5 CHRONOGRAPH AUTOMATIC SPEED-TIMER!


Seperti mana Citroen Pallas model popular 70/80an yang sangat aku minat.

Jam ni berat gila, membuatkan lingkaran bracelet terasa dipergelangan tangan.

Glass tinggi adalah ciri tradisional jam vintage...

Model sebegini dah tak terlihat lagi dimana-mana lebuh raya Malaysia...

Serupa juga ini...



SEIKO AUTOMATIC CHRONO! Mana mau jumpa lagi?

"Cantik! banyak cantik jam you" tegur Uncle Ho ni semasa aku bersiar di sebuah kedai jam di Muar 2 tahun lepas, Jam dikiri tu Seiko Pepsi gold milik aku. Beliau satu-satunya manusia yang memiliki Seiko 6139-0030 diMuar sana selain aku...hehe perasan dan tersenyum mangga ni.

Monday, March 29, 2010

OMEGA CONSTELLATION (RM1888)

Kuh! kuh!...pergh... Tekak aku tersumbat, suara hilang terus. Seksa! Aku terpaksa bercakap guna isyarat  tangan dan kaki aje.

Paling tension time marah! Aku tak dapat lepaskan dengan menjerit2, anak-anak aku gelak pulak bila suara jerkah aku yang digeruni sebelum ni keluar macam itik tercekik je!

Omega ni sangat menepati masa.

Crown dan dial ada logo Omega kecuali buckle dan....

....jari tu.

Cutting yang kemas dan cantik...

Ini lah satu-satunya jam yang kelusuhannya tak menjejaskan harganya...

...bahkan menambahkan nilai RMnya.


Enjin automatik dan kunci, namun untuk mendapatkan full charge power elok pakai kunci aje.
Kuh! kuh! kuh!...batuk gila nih!
NEGO!

Monday, March 22, 2010

MUMIA!

Ada dua 'mumia' yang akan aku pamerkan...

Mumia maharaja ni berdekad lama tersemadi dalam keranda mewahnya...

Yang ni pula keranda dah terbang tak tau kemana...
Jantung kedua-dua mumia ni masih berdegup kencang! Tunggu kebangkitannya...

Juga tak ketinggalan...

Mari kita jadi tentera!....HANSA ($old)

Kalau jatuh kat rumput perit nak jumpa...


Serba hijau, kalau pakai baju hijau seluar hijau memang match! Kalau kulit badan kaler hijau lagi match!

Mannual winding... enjin berdezuppp dan Tic tac tic tac...detikannya kuat terdengar ketika dibawa memandu kereta.

Dial bersih dan ada 'longkang' disekelilingnya, nampak?



Wajah kesayangan hamba

Hah! baca sendiri...apa inti dalam...

Tak rugi beli jam lasak ni...

Friday, March 19, 2010

SEIKO NAVIGATOR TIMER (SOLD)

Maaf, aku sibuk dengan urusan duniawi, kalau ada ruang masa aku buh gambar dua ketul seiko bawah ni banyak sabar...
Tentang HARGA, boleh dibahaskan ye...

Thursday, March 18, 2010

SEIKO DX 6106 (RM380)

Untuk peminat-peminat DX! Enjin bergerak ligat

Gambar-gambar seksi dan meliurkan akan menyusul...

Wednesday, March 17, 2010

seiko 6119-7183 ($OLD)

Seiko dail cross ni jarang-jarang dapat dilihat di pasaran, maker jam berketul dengan date dan day selari!

Casing jam ni nampak klasik.


Glass kaca tebal, fuh menambah berat jam dengan crown disembunyikan.

Day tulis khat laa.. tapi jangan panik...

...english pun ada.

Dial macam cembung sikit.

Aku tau korang mesti suka jam grand ni digayakan oleh tangan model antarabangsa ni, kan?

Tulisan merah SEIKO, nampak? Enjin bertangga-tangga berkerja cermerlang sekali!
NEGO!

Friday, March 12, 2010

SEIKO 6309-7040 (SOLD)

Barisan vateran perang Vietnam..

Pengganas yang rancak diburu korang, khususnya pemburu Seiko diver. Semua jam ni dah diuji ketepatan masanya. Ujian enjin oleh Puspakum lulus cemerlang!

Untuk memudahkan korang kawat cam aku letak nombor.

AVAILABLE!

 No2 HOLD! (016850)

$OLD

Casing diver 6309 ni memang sama macam penyu.

Crown terselit dicelah casing yang melindungi dari tersagat.

Perhatikan tepi casingnya yang 'tajam'

Saja aku boh banyak gambar casingnya ni ...kasi racun, racun berkhasiat beb!

OK fikir mana satu..Dan kalau korang benggang yg mana satu idaman LABU..
...klik ni > YANG MANA SATU? 
 Mungkin mereka dapat membantu ...ENJOYYY BEB!