Wednesday, October 28, 2009

SEIKO diver 6105

LIVE...Seiko 6105!

Ha, ha...buruan dah ditangan aku!

Betuahnya aku dapat melihat dengan mata-kepala sendiri  'emas putih' berusia lebih 30 tahun ni. Ini antara koleksi hebat uncle Luv yg semakin 'pupus' dari mukabumi.

Tak complete koleksi diver tanpa '6105' ni.











 Model lain 6105 sebelumnya yg agak slim sikit.




Monday, October 26, 2009

SEIKO presmatic 30jewels!



Lama dah aku cadang nak contact uncle Luv ni, kerana koleksi jamnya dalam mudah.com hebat belaka. Bermula dengan seiko bullheadnya yg terpampang di mudah.com yg membuat aku mula tidur tak pejam mata.
....
Seminggu selepas tu sebiji lagi bullheadnya yg lebih berkilau muncul dimudah.com!..."Ini macam tak boleh jadi! Uncle dah buat aku hilang sabar"... itu jam jugak aku email dia tanya harga.
....


Ha, ha.. pagi ahad uncle jawab sms aku dan aku terus call buat temujanji...
Jam 5.00 petang aku tunggu uncle direstoran mamak tempat biasa dia lepak. Sementara menunggu dia sampai aku order roti canai...
....



Sebaik aje uncle muncul aku dah nampak wajah mesranya... sambil sembang dia keluarkan seketul demi seketul koleksi yg dibawanya termasuk SEIKO BULLHEAD!, perhh...roti canai yg aku makan dah tak sedap, makan roti tapi rasa jam.

OK, ini satu dpd koleksinya yg dapat dikongsi sama peminat Seiko khususnya...silakan...


Bentuk casing yg unik gila.


Belakang rata! baca le apa mentera yg tertulis belakang tu... Hanya otai yg boleh 'scan'.


Susah betul nak tangkap gambar, casing boleh buat cermin muka!


Bracelet pun cantik.


Pengetahuan uncle Luv tetang jam-jam lama seiko ni memang aku tabik springgg...banyak petua aku dapat bawak balik percuma darinya...he, he. TQ uncle.


Aku memang suka saiz casing besar.


Keliling hujung casing 'tajam'.


Seiko Presmatic, hi-beat 30jewels...macam pesawat UFO.


Terima kasih uncle Luv kerana izinkan aku berkongsi minat dgn member2 diluar sana, akan datang koleksi beliau yg lain akan aku preview, tungguuuu.....



Thursday, October 15, 2009

SEIKO MONSTER!

HAH! THE REAL MONSTER...GREEN MONSTER! Model yang tiada dalam pasaran Jepun, Amerika, Pakistan, Turkistan, Kelantan maupun Gohedgostan....


...kecuali dalam blog aku je... "Jangan marahhh nanti kena jual" . Seiko memang tak keluarkan warna hijau cam ni kecuali imaginasi aku.
Monster, serupa je dengan model2 diver Seiko yg lain, cuma...

.....bentuk bezelnya yg asing dan berani!



Sebetulnya ini model baru yang aku beli tapi tak pernah pakai, masih bersalut plastik dan tersimpan dalam kotak kayu, kerana minat aku dah kumpul 4 ketul model ni... tamak kan? Tapi itu lah hakikat insan yg hanya pasrah menurut iradatNya (cakap masjid jap).

Kalau ada RM$ lebih, baik belikan jam, selain boleh pakai, seronok juga dibelek-belek atau digilap-gilap, duit mana boleh dibuat cam tu? Pernah nampak orang belek2 duit dan digilap-gilapnya selalu?

Monday, October 5, 2009

Zeppelin 200ATM...

Kapal udara Zeppelin Hindenburg
Kapal udara LZ-129 Hindenburg merupakan pesawat terbesar yang pernah dibangun pada saat itu. Pesawat itu dinamakan menurut Presiden Jerman Paul von Hindenburg sebagaimana kebiasaan untuk menamakan semua kapal udara Jerman dengan nama lelaki.

Kapal udara LZ-129 Hindenburg menggunakan rancangan terkini dengan menggunakan aluminium, berukuran sepanjang 245 meter, diameter 41 meter, dan mengandung 211.890 meter persegi gas hidrogen dalam 16 kampit atau sel.

Kapal udara LZ-129 Hindenburg mempunyai daya angkut 112 ton, mempunyai empat mesin diesel berkekuatan 1100 tenaga kuda dengan kecepatan 135 kilometer per jam. Hindenburg mampu membawa 72 orang (50 orang jika menyeberangi Samudra Atlantik) dengan 61 anak kapal.
Kapal udara LZ-129 Hindenburg mempunyai bentuk yang licin dan menarik. Untuk mempertahankan bentuk yang aerodinamis, bagian penumpang terletak di dalam kantong udara dan bukan di luar. Hindenburg dilapisi dengan kain kapas yang disapu dengan campuran varnis selulus dan aluminium. Hindenburg dibangun oleh Luftschiffbau Zeppelin pada tahun 1935 dengan nilai £500.000.

Kapal udara ini terbang buat kali pertamanya pada Maret 1936 dan mencapai catatan menyeberangi Samudra Atlantik sebanyak dua kali dalam masa lima hari, 19 jam, 51 menit pada bulan Juli 1936. Hindenburg seharusnya diisi dengan gas helium tetapi embargo militer Amerika Serikat terhadap helium memaksa Jerman menggunakan gas hidrogen yang mudah terbakar sebagai gas pengapung.-Wikipedia
Dari sejarah hebat dan tragis tu lahirnya jenama jam Zeppelin... nama yg cantik untuk sebuah jam.

Zeppelin, 'pesawat ' buatan Germany ni dipancu enjin Swiss ETA 25j.
Bezel leper macam....

.... Leopard 2 (Germany- the best tank in the world)

....jadi dia lain sikit dari yg lain.

Memang lain macam. Pernah nampak spesis ni?... depa klon gajah ngan kambing, gila perang tul...

Diver 200 atm, crown skru.
Teknologi tube light! terang terus menerus tanpa bantuan cahaya luar.

Glass saphire memang agak berkilau, susah sikit nak snap gambar...

Ha ha...Casing diver yg kukuh diperkasa lagi dgn sapphire crystal!

Kukuh dan sehebat Panzer yg merempuh eropah masa perang dunia dulu...

Diantara bezel hitam dgn glass dipisah oleh ring halus st steel yg berkilat ataupun dalam bahasa Germannya digelar Tembok Berlin. ...err hantam aje la labuuuu.


Logo klasik Zeppelin ni lawa beb. . .
2 tahun yang terlampau aku dah tengok jam ni, tapi kurang berkenan.

He, he syok jugak pakai jam yg tak ramai kenal....syok sendiri.

Saturday, October 3, 2009

DISINI, ROLEXKU TERHENTI BERDETIK...


Muka depan The Star bertarikh 3hb sungguh buat dunia ni sayu seketika.

3 hari baru tahu penderitaan sebenarnya...
Padang...semoga masih kedengaran detikan hidup dibawah timbunanmu...

Dengarlah lagu lama 'BERITA GEMPAR" dari Sweet Charity ni...

Oh Oh Oh Oh Ada Cerita
Ah Ah Ah Ah Berita Gempa
Di Hujung Timur Sana

Ada Bencana Gempa
Tanah Gerak
Bumi Bergoncang Merkah

Derita Hamba Tuhan
Dalam Kesengsaraan
Manusia Di Hamparan Musibah

Derita Tangis Menggema
Sawah Ladang Untuk Petani Musnah
Rumah dan Kampung Halaman
Semua Harta Benda
Telah Hancur Dimakan Gempa
Oh Oh Oh

Engkau Maha Pengasih
Tuhan Pencipta Alam
Berikanlah Kami Cinta Abadi

Lagu ” Berita Gempar “
Artis ” Sweet Charity “

Takziah buat mangsa gempa bumi Padang...
Kalau nak dengar lagunya sila KLIK tajuk 'DISINI, ROLEXKU TERHENTI BERDETIK...' diatas tu